Bangunan Merah
Gambar di atas merupakan antara tempat yang di tanah melaka . Di kiri kanan jalan deretan bangunan arsitektur khas Eropa. Warnanya merah. Orang Melaka rumah merah atau stadthuys . Di kawasan itu , terdapat tua yang dibangun 1753 . Gereja dibangun 'Christ Church Melaka'. Bangunan ini di cat dengan warna merah bagi menunjuk simbolik bangunan-bangunan yang didirikan di Melaka. Bandaraya bersejarah itu juga memiliki kisah heroik, lima pahlawannya: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi, dan Hang Lekiu . Bangunan merah ini terletak di Sungai Melaka , dibina antara tahun 1641 - 1660 , bangunan ini merupakan bangunan belanda yang tertua di asia tenggara . Bangunan ini dibina bagi tujuan buat penempatan bagi tempat pentadbiran pemerintahan Belanda dan juga sebagai tempat kediaman bagi gebenor Belanda di Melaka .
Bangunan merah juga merupakan tempat pembesar - pembesar dan tentera- tentera Belanda terkumpul . Bangunan merah ini juga merupakan tempat untuk hamba abdi yang disebut sebagai Misericordia . Pada zaman pemenrintahan Inggeris bangunan ini tidak lagi digunakan sebagai pusat pentadbir . Hal ini kerana , mereka telah membina sebuah kediaman khas untuk Gebenornya di puncak bukit berhampiran dengan Gereja St Paul yang tidak jauh dari bangunan stadthuys . Selepas kemerdekaan juga bangunan tersebut masih digunakan sebagai pusat pentadbir kerajaan negeri dan persekutuan sejak tahun 1957 hingga 1980 . Selepas tahun 1980 bangunan baru dibina untuk kegunanaanpentadbirnya . Perasmian bangunan ini pada zaman Belanda tidak dinyatakan dengan begitu tepat . Bangunan Stadthuys yang telah dijadikan sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri yang keempat Dr Mahathir Mohammad pada tahun 1993 , Bangunan Stadthuys ini telah dibiayai oleh pihak Belanda yang telah menjadi pengasas kepada bangunan ini pada masa itu .
Di samping itu bangunan merah ini juga terdapat Melaka History Muzium. Di dalamnya ,banyak tempat yang bersejarah seperti tempat buatan kilang roti Portugis ,peralatan perang ,buku-buku yang dipakai orang-orang india juga ada miniatur rumah .
Bangunan Stadthuys ini pernah menjadi tempat kediaman Gabenor Belanda sehingga awal kurun ke 18. Selain itu ia juga merupakan pusat pentadbiran Belanda sehingga tahun 1824 . Pada zaman pemerintahan inggeris , bangunan Staadthuys ini terus digunakan oleh pihak British sebagai pusat pentadbirannya . Terdapat juga penambahan struktur bangunan yang dilakukan oleh pentadbiran British , namun ia tetap mengekalkan seni bina Belanda seperti dinding batu yang tebal serta pintu-pintu dan tingkap-tingkap yang besar . Fungsi pinti-pintu dan tingkap-tingkap yang besar ini adalah untuk memberikan pengudaraan yang lebih kepada bangunan yang besar ini .
Antara ruang yang terdapat di dalam bangunan Stadthuys ini ialah pejabat Gabenor Belanda di mana di bahagian siling bilik ini terdapat hiasan ukiran kayu keras berbentuk bunga yang tidak terdapat diruang lain di dalam bangunan ini . Terdapat juga ruang bilik tidur Gabenor Belanda yang terletak di tingkat 4 di mana pada dindingnya terdapat lukisan mitologi Cina yang juga tidak terdapat di ruang lain .
Selain itu , terdapat juga kilang roti Belanda yang berfungsi untuk menghasilkan bekalan makanan berupa roti kepada Gabenor Belanda dan juga kepada para pegawai - pegawai . Dikatakan bahawa roti yang disajikan merupakan roti putih manakala roti coklat (terlebih masak) barulah dibrikan kepada yang lainnya dan dijual .
Semasa kerja kerja konservasi dijalankan di bangunan Stasthuys pada tahun1985 yang mengambil masa 4 tahun terdapat beberapa komponen an jumpaan baru telah dijumpai . Antaranya ialah sistem peparitan zaman Belanda di mana ia terletak di dalam bawah bangunan ini . Sekiranya dahulu, hanya dapat dilihat sistem peparitan zaman British di luar bangunan ini , setelah kerja kerja konservasi dijalankan , barulah dijumpai sistem peparitan Belanda . Ia dipercayai berlingkaran di bawah bangunan ini hingga ke penghujung bangunan dan air terus disalurkan ke sungai melaka .
Di Muzium ini, terdapat 8 buah ruang pameran, setiap satunya mempunyai tema tersendiri. Bahan pamerannya yang disusun mengikut kronologi memberi pelawat perspektif ringkas tentang kedatangan Islam di Melaka dan bagaimana ia tersebar ke seluruh negara. Ia juga menunjukkan hubungan Melaka dengan pusat Islam yang lain seperti China, India, negara-negara Arab dan Asia Tenggara.
Di antara bahan pameran yang ada disini termasuk kitab suci Al-Quran yang bersaiz besar dimana setiap hurufnya adalah sebesar empat hingga lima inci. Juga terdapat salinan Al-Quran dalam bahasa Mandarin dan juga Al-Quran yang ditulis dengan tangan serta buku-buku yang diterbitkan mengenai Islam. Di salah sebuah ruang pameran ini terdapat artifak Islam seperti kotak mempamerkan keris yang diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran, wang syiling dan senjata yang diukir dengan kaligrafi khat dan ayat-ayat suci Al-Quran.
Terdapat juga pinggan porselin dari Belanda yang diukir dengan tulisan islamik yang menceritakan tentang pendudukan Belanda di Melaka. Di ruang pameran lain, terdapat lukisan masjid-masjid yang ada di Melaka termasuk Masjid Peringgit yang dibina pada tahun 1720. Turut dipamerkan di sini ialah seni ukiran kayu yang menonjolkan kehalusan kaligrafi Islam yang memberi bukti bahawa kemahiran pengukir-pengukir Islam pada masa dahulu.
Berdiri megah di kawasan muzium ini adalah batu bersurat yang ditulis dalam bahasa Arab yang menceritakan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi seorang pemimpin Melayu di semenanjung pada abad ke-13. Banjir besar telah menemukan batu yang mempunyai ketinggian dua kaki di satu tempat hampir 32 batu daripada Kuala Terengganu pada tahun 1902. Sebuah batu bersurat lagi telah di temui di Pasai, Aceh yang dikatakan merupakan batu nesan pemimpin Islam iaitu Sultan Malik Al' Salih yang telah mangkat pada tahun 1297.
sumber:http://fairusmamat.blogspot.com/2010/09/muzium-islam-melaka.html
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
sumber:http://www.flickr.com/photos/sojourn/2538487228/
Comments
Post a Comment