Makanan tradisonal di Melaka

1. LAKSA NYONYA 

  


Laksa ini berbeza daripada laksa kari biasa kerana ia menggunakan udang bukannya stok ayam dalam kuahnya. Ia memberikan rasa kari yang lebih manis. Laksa Nyonya ini dihidangkan di merata tempat dan terutamanya di Melaka, anda boleh mendapatkan di kedai Donald and Lily dan Nancy Kitchen.


2.NASI LEMAK

                                       


Ini adalah hidangan yang semua rakyat Malaysia tahu. Anda boleh mendapatkan di mana-mana yang di sini: Nasi Lemak Ejam, Nasi Lemak dan Minuman Ah Ho and Bert Garden Seafood.


3.Asam Pedas Ikan


                                           



Hidangan ini dimasak menggunakan jus asam dengan cili dan rempah yang berbeza. Di masak dengan kari ikan yang berbeza di masak panas-panas dan lembut menjadikannya sangat menyelerakan dan sangat sedaop di makan bersama nasi putih. Hidangan ini boleh di makan pada waktu siang ataupun malam jika anda melawat di Melaka. Beberapa restoran anda boleh mencuba adalah di Asam Pedas Claypot  Asam Pedas Selera Kampung dan Asam Pedas Pak Man.


4.SATE CELUP

                                       


    

Sate Celup adalah salah satu hidangan yang mesti di cuba ketika di Melaka. Pelbagai jenis makanan mentah dan separuh masak disediakan pada sate yang disimpan di dalam peti sejuk besar di restoran. Pelanggan boleh memilih hidangan mereka sendiri dan celup hidangan mereka ke dalam periuk yang mempunyai Kuah Sate. Terdapat banyak restoran Sate Celup di Melaka, antaranya: Capitol Satay, Ban Li Xiang Stay Celup dan Satay Celup Warisan.


5.CENDOL

                                           


  

Cendol adalah pencuci mukut yang mempunyai bahan-bahan asas seperti santan kelapa, gula merah cair, kacang merah dan cendol. Ia adalah pencuci mulut yang manis dan sesuai dimakan untuk menyejukkan badan ketika musim panas di Malaysia. Antara tempat-tempat yang boleh anda menikmati cendol: Cendol Bakar, Aunty Koh Cendol dan Cendol Jam Besar.                                

Comments

Popular Posts