Melaka River Cruise



Bandar Melaka memang tidak dianafikan  mempunyai  be gitu banyak tempat menarik yang terletak dekat antara satu sama lain.Walaupun anda boleh berjalan kaki sahaja ke tempat-tempat yang menarik di sekitar bandar hilir melaka,tetapi kadang kadang boleh memenatkan juga.Malah kalau travel ke Melaka bersama anak-anak yang masih bayi,ia tidak digalakkan untuk berjalan kaki  di bawah terik sinaran matahari.

Namun begitu,bagi pelancong ang malas berjalan kaki atau terkekang pergerakan kerana adanya bayi,anda boleh melawati tempat tempat merarik di Melaka dengan menaiki bot menyulusuri Sungai Melaka,Di sepanjang, ini anda boleh melihat tempat tempat menarik yang ada di melaka seperti Dutch Fort,Muzium Samudera, dan sebagainya.Malah di sepanjang sungai terdapat banyak mural-mural menarik yang dilukis pada dinding bangunan.Terdapat juga audio yang dimainkan di dalam bot yang memberi informasi setiap kali melewati sesuatu tempat menarik di sepanjang Sungai Melaka.

Waktu paling menarik untuk menaiki bot ialah pada waktu malam kerana kurang daya panas dan pemandangan di sepanjang sungai juga lebih mengujakan kerana terdapat limpahan cahaya lampu neon berwarna warni yang menerangi tebing sungai.Tempoh perjalanan juga agak lama sekitar 40-45 minit.Satu alternatif yang unik untuk menikmati keindahan Bandaraya Melaka bagi mereka yang mungkin malas berjalan kaki atau menaiki beca roda tiga.

Sumber:https://www.caridestinasi.com/tempat-tempat menarik-melaka/






Dua Jenis Pelayaran Di Melaka River Cruise

Terdapat dua jenis pelayaran yang ada di Melaka River Cruise,satu menawarkan ulasan yang dirakam dan yang satu lagi mempunyai pemandu pelancong sebenar di atas kapal.Masa pelepasan untuk Melaka River Cruise adalah seperti yang dikatakan tadi iaitu sekitar 45 minit (9 KM) dari pusat Warisan Quayside ke Taman Rempah,Pangkalan Rama.Bot disediakan setiap hari dalam setiap tiga puluh minit antara waktu berikut: 9:30 pagi hingga 5 petang dan 6 petang hingga 12 tengah malam.

Yang mesti dilihat di pelayaran ialah Kampung Morten,sebuah muzium hidup yang mempamerkan sebuah kampung yang telah wujud selama beratus-ratus tahun.Terdapat muzium peribadi di sini di mana pelancong boleh mendapatkan pemahaman ang lebih mendalam tentang budaya Melayu tempatan termasuk kostum dan kraf mereka seperti kerja sulaman.

Selain itu, anda jugak boleh melihat replika kapal lanun,roda mata di Malaysia Eye On Malaysia,panggung wayang Cathay serta terminal bas express lama.Terdapat juga replika kicir angin diraja dan kubu,lengkap dengan meriam di sekeliling dinding.

Bot pelayaran melepasi jambatan yang mempunyai fungsi penting pada zaman dahulu.Yang petama,Jambatan Tan Boon Seng,menandakan tempat strategik yang ditangkap oleh Portugis pada tahun 1511 dalam usaha mereka menduduki Melaka.Jambatan lain ialah jambatan Chan Boon Cheng,Ghostbridge of Melaka,Jambatan Pasar Lama dan Jambatan Jalan Hang Tuah.

Sumber:https//www.tempatmenarik.my/melaka-river-cruise/

































Comments

Popular Posts